#TaipingRV Cycling Team

#TaipingRV Cycling Team
Taiping-Singapore Friendship Ride

Monday, June 8, 2015

Taiping Singapore Friendship Ride 2015

TAIPING 07/06/2015: Seramai lebih daripada 300 peserta telah menyertai acara kayuhan ‘Taiping Singapore Friendship Ride 2015′ yang diadakan di sini, hari ini. Kayuhan secara santai sejauh 45 kilometer ini telah melibatkan penyertaan daripada peserta tempatan dan juga dari Singapura.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata, pengajuran acara kayuhan tersebut adalah sebagai satu aktiviti riadah disamping untuk memperkenalkan Bandar Warisan tersebut ke peringkat antarabangsa. “Program ini adalah untuk tujuan riadah selain pengantarabangsaan bandaraya Taiping. Aktiviti yang sihat seperti inilah yang saya nak di bandar ini selain memperkenalkannya ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, kayuhan tersebut telah melibatkan beberapa kawasan di daerah ini termasuklah kawasan bandar dan juga luar bandar. Selain itu, tambahnya, acara yang buat julung-julung kalinya diadakan di Bandar Warisan tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan. “Ini merupakan pertama kali dan akan menjadi acara tahunan berikutan acara berbasikal ini memang popular daripada golongan muda sehinggalah dewasa yang mana ianya bukan sahaja sihat malahan digalakkan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau juga berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk membuat pakej yang mana akan melibatkan kayuhan serta lawatan ke beberapa kawasan menarik yang berada di sana. “Pada masa akan datang, kita akan mengadakan pakej untuk membawa para peserta ke lokasi menarik yang terdapat di bandar ini. “Kalau kita ada produk tetapi orang luar tak tahu, maka ia akan jadi tidak bermakna,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, upacara pelepasan peserta telah dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Taiping Singapore Friendship Ride 2015 telah dianjurkan oleh pihak MPT dengan kerjasama daripada Persatuan Interaksi Kebudayaan Malaysia atau Malaysia Interation Culture Association (MICA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM), PDLM dan lain-lain agensi. Kayuhan tersebut telah melalui beberapa kawasan termasuklah bandar Taiping menuju ke Kamunting dan seterusnya akan melalui kawasan kampung serta sawah padi di Semanggol dan balik semula ke Taiping

(Sumber berita : Peraktoday)

Bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff


Alhamdulillah dapat hadiah cabutan bertuah.
 
Rehat untuk regroup di Taman Tasik Kamunting


Laluan kampung yang indah permai.



No comments:

Post a Comment