#TaipingRV Cycling Team

#TaipingRV Cycling Team
Taiping-Singapore Friendship Ride

Wednesday, June 10, 2015

Kedai Basikal di Taiping Perak

1.Kedai Basikal Eng Hern

Alamat : No 61, jln taming sari, Taiping, Perak, Malaysia
Depan kedai ada pokok pinang ni. Kat depan kedai lain tak ada.

Kedai basikal Perniagaan Eng Hern ini adalah kedai utama yang akan kami kunjungi bile memerlukan barangan basikal. Kat kedai basikal ni boleh dikatakan semua keperluan basikal ada. Bagi yang tak biasa mungkin tidak tahu bahawa di dlm kedai ini ada bilik berhawa dingin yang display banyak barang. Cuma harga letak agak mahal sedikit. Oleh itu semua barang perlu ditawarkan harganya. Selalunya kami akan dapat harga yang istimewa punya dan tak akan dapat kat kedai lain. Last saya beli barang kat sini clipless pedal jenama crank brothers candy 2 RM180. Saya rasa cukup murah jika dibandingkan tempat lain. Korang rasa kat tempat laen boleh dpt tak Candy 2 dengan harga RM180?

 Riders TaipingRV lepas kerja terus serbu kedai Eng Hern

Tokey Kedai nama Ah Hock. Dia dah biasa dengan kami riders TaipingRV ni. Selalu kami beli barang mesti dengan Ah Hock. Kalau dgn bini dia susah nak tawar harga. Ah Hock juga soerang rider. Dia juga selalu jadi sponsor jika ada ride kat Taiping ni.

 Tuu Ah Hock depan sekali tu.


2. Kedai Basikal Wong

Kedai Basikal Wong
25, Jalan Kamunting Lama,
Taman Kamunting Timur
34600 Kamunting, Perak.

Tel: 05-8051810
017-4308188

Kedai basikal Wong ni terletak di Kamunting, berhadapan dengan kem askar. Pemilik kedai adalah encik Wong juga seorang rider. Encik Wong selalu bukak gerai service beskal percuma bila ada event kat sekitar Taiping ni.

 En Wong berbaju biru putih

Kedai Basikal Wong









No comments:

Post a Comment