#TaipingRV Cycling Team

#TaipingRV Cycling Team
Taiping-Singapore Friendship Ride

Thursday, June 11, 2015

Night Cycling Tips

Light up the night
If you’re cycling, “be outrageous with lights,” Currie Gillespie suggests. It is essential to have at least one flashing red light on the back and one flashing white light on the front; he uses three on the back, two on the front and frog lights on his hubs, and wears reflective clothing. 

Map your route
Using a GPS system such as Strava or Map My Ride, it not only tracks your pace and distance, it keeps tabs on your precise whereabouts in real time with an option of giving family or friends a password so they can log in and identify where you are at any given moment. Or do it the old-fashioned way and tell someone else your planned route and the time you expect to return home.

Turn off the tunes
Cycling with headphones on is an absolute no-no, and the same goes for running at night. “At night your perception is already off, and music disturbs your sense of balance even more. It’s not safe.”

Obey the rules
Follow basic traffic rules and don’t run a light just because you think no one can see you. You should be just as cautious when you have the right of way, particularly if you’re in a province where vehicles can make a right turn on a red light.
There’s an ethics committee that ensures cyclist obey the rules. “We watch for that. You’re representing the club and it looks bad,As a biking community, you all get lumped together. 

Carry ID
Buy an ID tag for your shoes, sew one into your clothes or just write your name, address and phone number on a small piece of paper and put it somewhere in your shorts or jacket pocket so that if something does happen, emergency officials can identify you, also carrying a little bit of money in case you get a minor injury and have to make it back home.

PS. Copy and Paste from  http://kayuhanmalam.blogspot.com/

Wednesday, June 10, 2015

Kedai Basikal di Taiping Perak

1.Kedai Basikal Eng Hern

Alamat : No 61, jln taming sari, Taiping, Perak, Malaysia
Depan kedai ada pokok pinang ni. Kat depan kedai lain tak ada.

Kedai basikal Perniagaan Eng Hern ini adalah kedai utama yang akan kami kunjungi bile memerlukan barangan basikal. Kat kedai basikal ni boleh dikatakan semua keperluan basikal ada. Bagi yang tak biasa mungkin tidak tahu bahawa di dlm kedai ini ada bilik berhawa dingin yang display banyak barang. Cuma harga letak agak mahal sedikit. Oleh itu semua barang perlu ditawarkan harganya. Selalunya kami akan dapat harga yang istimewa punya dan tak akan dapat kat kedai lain. Last saya beli barang kat sini clipless pedal jenama crank brothers candy 2 RM180. Saya rasa cukup murah jika dibandingkan tempat lain. Korang rasa kat tempat laen boleh dpt tak Candy 2 dengan harga RM180?

 Riders TaipingRV lepas kerja terus serbu kedai Eng Hern

Tokey Kedai nama Ah Hock. Dia dah biasa dengan kami riders TaipingRV ni. Selalu kami beli barang mesti dengan Ah Hock. Kalau dgn bini dia susah nak tawar harga. Ah Hock juga soerang rider. Dia juga selalu jadi sponsor jika ada ride kat Taiping ni.

 Tuu Ah Hock depan sekali tu.


2. Kedai Basikal Wong

Kedai Basikal Wong
25, Jalan Kamunting Lama,
Taman Kamunting Timur
34600 Kamunting, Perak.

Tel: 05-8051810
017-4308188

Kedai basikal Wong ni terletak di Kamunting, berhadapan dengan kem askar. Pemilik kedai adalah encik Wong juga seorang rider. Encik Wong selalu bukak gerai service beskal percuma bila ada event kat sekitar Taiping ni.

 En Wong berbaju biru putih

Kedai Basikal Wong









Tuesday, June 9, 2015

Tips Memilih Basikal MTB

Belajar bagaimana untuk memilih basikal gunung yang tepat untuk anda dengan ini 6 langkah mudah. Apa yang mungkin kelihatan seperti tugas yang menakutkan pada mulanya, akan menjadi sangat mudah kerana basikal yang terbaik untuk anda akan menjadi keutamaan anda.

Langkah 1 - Tetapkan Anggaran Bajet Anda
Menentukan dengan tepat jumlah berapa banyak wang yang anda boleh habiskan pada basikal baru anda dan kunci bajet anda pada itu.

Mengetepikan mana-mana wang yang anda perlukan untuk tambahan, seperti beg basikal, beg air, waterbottles, topi keledar, kasut, pedal, sarung tangan dan lain-lain keperluan untuk berbasikal. 
Sebuah basikal yang lebih baik bermakna prestasi, kualiti dan ketahanan yang lebih baik.

Langkah 2 - Pilih Gaya Anda 

Jujurlah dengan diri sendiri tentang bagaimana anda akan menggunakan basikal yang bakal anda beli. Fikir dulu tentang adakah anda akan menghabiskan sebahagian besar masa anda melakukan aktiviti berbasikal di atas basikal baru anda, kawasan yang anda akan menunggang, dan berapa kerap anda akan berlumba atau menyertai mana-mana acara.

Sebagai panduan, Cross Country MTB biasanya mempunyai sehingga 120mm perjalanan (travel). Ini gaya basikal sekarang yang paling ringan dan paling berkesan dan sesuai untuk berbasikal gunung. Pilih antara penggantungan depan (front suspension) sahaja, atau penggantungan depan dan belakang.

 
Semua basikal gunung atau Trail MTB biasanya mempunyai 120 - 140mm travel yang direka untuk menangani pelbagai situasi demi keseronokkan yang enyeluruh. Ini adalah gaya jualan terbesar MTB.


Freeride atau basikal gunung gaya Enduro biasanya mempunyai 150 - 180mm perjalanan, Basikal ini dibuat untuk laluan cepat dan kasar, dengan lompatan, aksi dan sepuluh kaki jatuh sekalipun bukanlah persoalan lagi.

 
Downhill MTB adalah seperti namanya, khusus untuk menuruni bukit dan ia biasanya mempunyai 200 - 250mm perjalanan. 


Langkah 3 - Tetapkan keutamaan anda 

Oleh kerana bajet anda akan menentukan MTB mana yang akan anda miliki, jadi anda mungkin tidak mampu membayar basikal yang mempunyai segala yang anda mahukan. Oleh itu tetapkan beberapa keutamaan untuk membantu anda membuat fikiran anda tentang apa yang anda benar-benar perlukan dalam basikal gunung. Dan melalui senarai keutamaan mungkin membuat anda berfikir semula bajet anda.


Langkah 4 -Bertanya kepada mereka yang mahir tentang basikal MTB

Kata orang tua dahulu kala "malu bertanya sesat jalan". Oleh itu jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang arif tentang basikal MTB ini. Sekarang ini banyak group MTB di Facebook. Join dan mulalah bertanya kepada mereka. Jangan jadi seperti saya yang membeli basikal secara sendiri tanpa pengalaman dan pengetahuan.

Langkah 5 -Pastikan saiz kerangka (frame size) sesuai dengan badan anda.

Yang inilah tips yang paling penting sekali. Jangan dah terbeli saiz yang silap lepas tu mulalah rasa basikal tu tak best atau menyebabkan sakit belakang. Senang cakap check dulu ketinggian anda. Rata-rata ketinggian orang Malaysia sesuai untuk saiz S dan M sahaja. Saiz L biasanya digunakan oleh mereka yang ketinggian melebihi 180cm ke atas.

Sebagai panduan:-
Saiz S untuk ketinggian 158cm - 168.
Saiz M untuk ketinggian 168cm - 178cm.
Saiz L untuk ketinggian 178cm - 188cm.

Begitulah adanya. Sekian.

Kebaikan Berbasikal

Orang Naik Basikal Berasa Lebih Gembira

Berbasikal bukan sahaja membuatkan badan lebih segar tetapi juga memberi manfaat kepada kesihatan mental dan menenangkan fikiran.

Penyelidikan terbaharu mendapati, mereka yang sering berbasikal lebih gembira berbanding mereka yang menaiki kenderaan lain atau menggunakan pengangkutan awam.

"Saya mendapati mereka yang sudah terbiasa menaiki basikal mempunyai mood yang lebih baik malah mereka kelihatan lebih mudadan sihat secara fizikal"

Monday, June 8, 2015

Kayuhan Merentasi Tasik Bukit Merah

Tarikh: 25.01.2015
Jarak: +-50km
Route: Bermula di Taman Tasik Taiping terus ke Kamunting dan melalui Pondok Tanjung, lantas merentasi Tasik Bukit Merah. Rest di gerai berhampiran Masjid Kg Selamat sebelum meneruskan kayuhan pulang. (Tersasar 3km di dalam ladang Sawit)


 

 

 





Taiping Singapore Friendship Ride 2015

TAIPING 07/06/2015: Seramai lebih daripada 300 peserta telah menyertai acara kayuhan ‘Taiping Singapore Friendship Ride 2015′ yang diadakan di sini, hari ini. Kayuhan secara santai sejauh 45 kilometer ini telah melibatkan penyertaan daripada peserta tempatan dan juga dari Singapura.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata, pengajuran acara kayuhan tersebut adalah sebagai satu aktiviti riadah disamping untuk memperkenalkan Bandar Warisan tersebut ke peringkat antarabangsa. “Program ini adalah untuk tujuan riadah selain pengantarabangsaan bandaraya Taiping. Aktiviti yang sihat seperti inilah yang saya nak di bandar ini selain memperkenalkannya ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, kayuhan tersebut telah melibatkan beberapa kawasan di daerah ini termasuklah kawasan bandar dan juga luar bandar. Selain itu, tambahnya, acara yang buat julung-julung kalinya diadakan di Bandar Warisan tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan. “Ini merupakan pertama kali dan akan menjadi acara tahunan berikutan acara berbasikal ini memang popular daripada golongan muda sehinggalah dewasa yang mana ianya bukan sahaja sihat malahan digalakkan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau juga berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk membuat pakej yang mana akan melibatkan kayuhan serta lawatan ke beberapa kawasan menarik yang berada di sana. “Pada masa akan datang, kita akan mengadakan pakej untuk membawa para peserta ke lokasi menarik yang terdapat di bandar ini. “Kalau kita ada produk tetapi orang luar tak tahu, maka ia akan jadi tidak bermakna,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, upacara pelepasan peserta telah dilaksanakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Taiping Singapore Friendship Ride 2015 telah dianjurkan oleh pihak MPT dengan kerjasama daripada Persatuan Interaksi Kebudayaan Malaysia atau Malaysia Interation Culture Association (MICA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM), PDLM dan lain-lain agensi. Kayuhan tersebut telah melalui beberapa kawasan termasuklah bandar Taiping menuju ke Kamunting dan seterusnya akan melalui kawasan kampung serta sawah padi di Semanggol dan balik semula ke Taiping

(Sumber berita : Peraktoday)

Bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff


Alhamdulillah dapat hadiah cabutan bertuah.
 
Rehat untuk regroup di Taman Tasik Kamunting


Laluan kampung yang indah permai.