#TaipingRV Cycling Team

#TaipingRV Cycling Team
Taiping-Singapore Friendship Ride

Saturday, May 23, 2015

Mana Lebih Bagus 27.5 atau 29er

Apa yang saya tulis ini adalah pandangan saya sendiri dan juga diambil dari blog lain. Diharap menjadi panduan berguna kepada mereka yang masih lagi tercari-cari saiz roda yang mana satu yang sesuai dengan mereka.

 Apabila saya membeli basikal MTB beberapa tahun lalu, saya hanya membeli utk anak lelaki saya yang ketika itu berumur 11 tahun jenama Trinx 27.5. Sebulan kemudian saya membeli pula exitway 26 untuk diri saya sendiri. Masa itu saya tidak tahu langsung tentang basikal MTB ini. Sebulan kemudian saya membeli satu lagi basikal MTB jenama KHS 27.5 untuk saya kerana exitway telah saya berikan kepada anak perempuan saya. Setelah beberapa bulan mengayuh baru saya tahu tentang saiz tayar ini setelah beberapa orang rakan rider menggunakan 29er. Sekarang kita ada 4 pilihan, dan saya yakin ramai pengayuh yang baru bermula sebaik sahaja tahu tentang saiz-saiz tayar ini tertanya-tanya yang mana lebih baik. Pilihan adalah seperti berikut:

26inci (26er) - Tiada yang buruk boleh diperkatakan tentang saiz piawai ini. Walaubagaimanapun, ia ada batasan; upaya rendah untuk bergolek melepasi rintangan, daya inertia yang rendah, kecenderungan terkandas di dalam pasir dan lumpur.  Manakala kelebihnnya pula adalah; industri MTB berasaskan roda bersaiz 26inci, menyokong/memadani julat saiz pengayuh yang lebih besar, roda yang lebih kukuh dan ringan boleh dibina, julat saiz tayar sepadan yang lebih banyak dan kadar pecutan lebih tinggi.  

29inci (29er) - Roda besar telah membuktikan dirinya bernilai selama puluhan tahun lalu melalui industri pacuan 4 roda.  Sama seperti pada kenderaan pacuan 4 roda, MTB bertayar besar berupaya bergolek  melepasi rintangan dengan lebih mudah, memberikan apungan yang lebih apabila melalui pasir atau lopak lumpur, memberikan lebih sentuhan permukaan untuk cengkaman yang lebih baik dan upaya mengekalkan lajakan (momentum) pada kelajuan tinggi.  Untuk kenderaan bermotor, rekaan lebih mudah disesuaikan dengan tayar lebih besar tanpa menjejaskan pemandu.  Sebaliknya, pada MTB, kerangka untuk roda 29inci perlu direka supaya pusat graviti dan ketinggian "standover"  kekal rendah, menghindar daripada pertindihan tayar dan jari kaki dan memastikan berat keseluruhan rendah.  Memang para pengeluar telah menjalankan tugas ini dengan agak baik, basikal 29inci masih lagi terhad kesesuaiannya kepada pengayuh-pengayuh tinggi.  Kerangka untk pengayuh rendah tidak dapat memberikan ketinggian "standover" pada tinggi yang munasabah, dan memang sukar untuk menghindar pertindihan tayar dengan hujung jari kaki dan pada masa yang sama berhempas pulas untuk mendapatkan tapak roda yang berkesan.  Basikal 29inci yang direka untuk pengayuh dengan ketinggian 5 kaki akan membuatkan pengayuh berada di antara dua tayar, dan pada masa yang sama terpaksa mengawal peningkatan inertia roda yang besar itu.  Tambahan pula, basikal ampai penuh 29inci menghadapi masalah "wheel-travel" yang terhad.  Rekaan yang melebihi 6 inci travel sudah dikeluarkan, tetapi untuk mendapatkan kerangka basikal yang sesuai bagi dimensi sesebuah MTB agak sukar.  Basikal ampaian penuh umumnya lebih berat daripada basikal ekor keras atau basikal rigid.  Ditokok dengan roda yang besar, membina sebuah basikal ampaian penuh yang tidak berat adalah sukar tanpa penggunaan bahan-bahan eksotik dan sistem ampaian yang mudah.


Kombo (69er) - Ini bukan idea baru.  Dahulu, MTB pernah dibuat dengan gabungan tayar 26inci/24inci. Tujuannya supaya roda depan 26inci yang lebih besar akan mengendalikan halangan dan rintangan manakala roda belakang 24inci yang lebih kecil akan memberikan pecutan pantas.  Konsep yang sama digunapakai untuk gabungan 29inci/26inci.  Rekaan ini boleh menampung pengayuh yang kurang tinggi dan lebih mudah dipecut. 

27.5inci/650b - Dikatakan terbaik untuk kedua-dua jenis kayuhan on road dan off road.  Roda lebih besar daripada 26inci untuk menguruskan halangan dan rintangan tetapi masih lagi boleh memecut dengan pantas.  Saiz ini juga memberikan lebih ruang kepada pengeluar bila mereka membuat kerangka untuk pengayuh berketinggian sederhana dan rendah.  Pengayuh rendah yg mungkin sukar mendapat padanan pada basikal 29inci, akan mendapati lebih mudah mendapat padanan yang selesa dengan basikal 27.5inci.  Pengayuh yang memasang roda 27.5inci pada basikal 26inci sudah semakin umum kerana kebanyakan kerangka 26inci boleh menerima roda 27.5inci tanpa masalah kelegaan tayar.  Pada basikal rigid ekor keras dengan brek cakera, proses ini akan menjadi lebih mudah.  Kuncinya ialah pada brek cakera kerana penggunaan v-brek terjejas dengan saiz roda yang berbeza.  Malahan, ada basikal ampaian penuh travel panjang (Fisher Fat Possum) sudah dipasang dengan tayar 650b oleh sesetengah kedai.  Ada fork yang memberikan masalah kelegaan tayar bila dipasang roda 650b.  Namun, beberapa jenama utama seperti RockShox Pike, X-Fusion Velvet, Maverick DUC32 dan FOX32 mempunyai ruang kelegaan  yang mencukupi untuk roda 650b.

Di Malaysia, 29er mendapat sambutan agak hangat memandangkan ia dipasarkan terlebih dahulu daripada 27.5/650b.  Pada masa lalu tidak banyak basikal 650b ditawarkan di pasaran.  Mungkin kerana pengimport dan pengedar masih bertahan dan memberikan laluan untuk menghabiskan lambakan stok 29inci. Namun sejak akhir2 ini kita dapati banyak 650b dipasaran skrg. Bahkan ada riders yg suatu masa lalu menggunakan 29er kini menukar kepada 650b.

Pengalaman saya.
Pada awal kayuhan saya bersama TaipingRV saya seringkali ketinggalan di belakang. Pada ketika itu dalam fikiran saya jika saya menggunakan 29er pasti kayuhan saya akan lebih baik untuk catch up kawan2 yg lain. Oleh itu saya bercita2 untuk menukarkan KHS 27.5 saya ini kepada 29er. Setelah beberapa bulan berlalu hasrat tersebut saya batalkan. Namun tidak mustahil nanti saya akan beli juga 29er sebagai menambah koleksi dan mendapatkan sendiri pengalaman menggunakan 29er. Walau bagaimanapun perkara berikut dapat saya pelajari:

1. Saiz tayar tidak banyak memainkan peranan dalam kelajuan. Saya tidak nafikan 29er boleh bergolek lebih besar, namun faktor utama ialah kekuatan kaki. Sentiasa buat latihan kayuh dan kayuh sehingga orang kata naik bukit pun steady. Selain itu wheels set juga memainkan peranan. Setelah saya upgrade wheelset saya kepada rim ZTR Crest dengan tayar tubeless Swabble dan hub novatec, berat keseluruhan basikal dpt dikurangkan dan ini memberikan momentum kelajuan. Apatah lagi setelah sekian lama mengayuh kaki bertambah kuat jadi bertambah lajulah kayuhan saya.

2. Saya pernah mencuba ride 29er namun kayuhan seketika itu tidak memberikan keselesaan pada saya. Ketinggian saya 173cm sepatutnya sesuai menggunakan 29er tetapi dalam kayuhan menggunakan 29er saya dapati sukar untuk mengawal basikal terutama untuk corner baring atau u-turn. Mungkin tidak biasa atau setting tidak betul.

Ghost Tacana Pro 8 29er yang hampir saya beli.

3. Ketika jamboree atau menyertai mana2 event saya akan perhatikan berapa ramaikah riders menggunakan 29er. Saya dapati tak ramai. Lebih ramai riders menggunakan 27.6 dan 26 berbanding 29er.

Oleh itu jika tanya saya saiz tayar yang manakah harus dipilih, saya tak tahu nak jawab. Tapi mungkin saya akan kata "elakan dari memilih 26". Apapun terpulang pada anda. Jika dah terbeli mana2 saiz tu bersyukur dan guna ajerlah. Jika wang bukan halangan bolehlah beli byk2 MTB dan buat pilihan yang mana satu terbaik utk diri sendiri. Setiap orang mempunyai keinginan dan kepuasan yang berbeza maka terpulangkan kepada diri sendiri. Jika saya ada wang lebih nanti ingin juga saya beli 29er dan mencuba. Jika tak serasi jual balik abis cerita.

7 comments:

  1. whellset 26 boleh masuk whellset 27.5 x

    ReplyDelete
  2. kalau 27er tu saiz tayar jugak ke?

    ReplyDelete
  3. Betul ke size frame bergantung dengan size tayar jugak. Sebab saya tinggi 173 guna 29er tapi frame size s dan saya rasa macam okay je. Yang saya faham kalau tinggi saya size m. Ada yang cakap kalau tinggi saya nak frame size m kena guna tayar kecik sikit macam 27.5. Apa pendapat tuan?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Yang penting ikut kesesuaian dan keselesahan masing..aiz ketinggian yg penting juga

    ReplyDelete
  6. Kena ukur waist length
    . Dr hujung jati smp hujung tumit. Ngan la authour penilaiaan berkenaan 27.5 serrr...

    ReplyDelete