#TaipingRV Cycling Team

#TaipingRV Cycling Team
Taiping-Singapore Friendship Ride

Monday, September 21, 2015

Batu Kurau MTB Chalennge Mengecewakan

Aku malas nak cerita. Nanti aku senang aku copy paste jer sumpah seranah peserta dan juga bukan peserta kat sini.

Wednesday, September 16, 2015

ADA APA DENGAN SKY GARDEN RESIDENTS FUN RIDE?

Sebelum kayuhan 7.45am.


Event Type : Fun Ride
Venue : Klebang Restu, Ipoh Perak
Date : Wed, 16 Sep 2015  8:00 AM

Description:
SKY GARDEN RESIDENTS FUN RIDE.
 √ Sky Garden Residences @ Klebang Restu, Ipoh Perak.
√ 16/9/2015 (Wednesday, 7am)
 √ 50 KM+-
√ FOC .
 √ LUCKY DRAW ITEMS WORTH RM20,000(TV, Electrical products & others)
√ LIMITED 1,000 .
 √ T-SHIRT.
 √ WATER POINT.
 √ BUFFET LUNCH.
 FIRST COME FIRST IN BASIS ( M BIKE > RECEIVED >
CHOP & SIGN CONSIDER IN).

Ride Free. Makan Free. Ada lucky draw lagi. Hanya 4 orang riders dari TaipingRV yg hadir. Yang lain game. Keseluruhan peserta kayuhan anggaran 1000 orang. Kayuh santai2 slow2 lalu ikut bandaraya Ipoh kebetulan jerebu dah kurang hari ni. Lepas kayuh makan2 dan lucky draw.

Pihak penganjur bagi lucky draw hadiah baucher tunai untuk beli rumah yang dibuat oleh mereka. Baucer dah lew nilai sikit, expiry datenya 30/9/2015. Apa ingat beli rumah macam beli keropok ke? Alahai sabar ajerlah. Apapun hadiah lucky draw yang lain amat berbaloi bagi yg dapat. Tahniah kepada semua peserta.


Antara peserta kayuhan
Haha kalau sekadar voucher ni baik tak dapat dari dapat.



Sunday, September 13, 2015

Fit Malaysia Ride Ipoh


IPOH, 13 Sept - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (tengah) dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua, kiri) turut menyertai acara Fit Malaysia Ride kategori 30 kilometer. Riders dari TaipingRV hanya 3 orang yang muncul walaupun pada asalnya 13 yang mendaftar. 10 yang game tersebut terpaksa menarik diri disaat akhir memandangkan jerebu bertambah buruk di Ipoh.

Kawasan Tambun
Dua dari tiga.
Antara Hadiah Cabutan Bertuah.

Hanya Nombor Yang Hadir.
Medal dan sijil untuk yang ride sahaja.


Kebaikan Berbasikal


Ringkasnya, berbasikal adalah baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan dengan cara yang berikut:
 
1.Mengurangkan berat badan apabila dilakukan secara teratur.Berbasikal meningkatkan penggunaan kalori dan meningkatkan kadar metabolisme, yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan.

2.Memperbaiki kawalan tekanan darah dengan 10/8 mmHg pada pesakit dengan tekanan darah tinggi (Jurnal Farmakologi Kardiovaskular, 1995).

3.Merendahkan kadar jantung berehat.Kadar jantung berehat tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan kematian akibat serangan jantung dan peningkatan risiko kematian mengejut selepas serangan jantung pada individu yang sihat.

4.Meningkatkan HDL (baik) / LDL (buruk) nisbah kolesterol.Jika nisbah LDL untuk HDL terlalu tinggi, ini bermakna darah anda sedang sarat dengan kolesterol lebih cepat daripada kolesterol HDL yang dapat menghapuskannya, yang bermakna kolesterol berlebihan membina dalam tisu dan arteri.Akhirnya pengerasan arteri (aterosklerosis), yang menyebabkan serangan jantung, berlaku.

5.MENGHALANG penyakit jantung.Berbasikal tetap membagi dua peluang mengidap penyakit jantung, salah satu daripada 3 penyakit pembunuh di Malaysia.Satu kajian melaporkan pengurangan 50% dalam penyakit jantung maut dan bukan maut dalam penjawat awam yang dikitar lebih 20 batu / minggu.

6.MANFAAT kesihatan kardiovaskular.Berbasikal juga mengurangkan risiko strok (pembunuh utama di Malaysia) dan penyakit jantung koronari.Dalam satu kajian, senaman pada mesin kitaran statik pada pesakit dengan kegagalan jantung meningkatkan fungsi jantung (Lancet, 1990).

7.MENGURANGKAN diabetes.Latihan adalah untuk ditunjukkan kepada membawa kepada pengurangan dalam kadar kencing manis.Dalam pesakit kencing manis, senaman membawa kepada peningkatan dalam kawalan gula darah dan boleh membantu mencegah bermulanya Jenis 2 kencing manis.

8.MENGURANGKAN kanser.Aktiviti fizikal telah terbukti dikaitkan dengan mengurangkan kadar kanser (contoh: kanser usus, dan mungkin juga kanser payudara) (Eropah Jurnal Epidemiologi, 2000). 9.MENGURANGKAN cholecystectomy (pembedahan pundi hempedu) kadar di kalangan wanita (New England Journal of Medicine, 1999).
10.MANFAAT kehamilan.Berbasikal ketika hamil meningkatkan kecergasan kardiovaskular.Dan senaman boleh melegakan bersalin (Berbasikal, Jun 1988).

11.MENGURANGKAN kebimbangan, kemurungan dan tekanan (Perubatan Pencegahan, 1988).

12.Kereta api otot pernafasan (Laporan Royal College of Physicians, London; 1991).

13.Meningkatkan kekuatan otot.Berbasikal adalah aktiviti yang mengandungi bukan berat dan berbasikal tetap membawa kepada kekuatan otot yang lebih baik dan mobiliti bertambah baik dan penyelarasan (Memperuntukkan & Lomax dan Pengajian Polisi
Institute, 1998).

Sunday, September 6, 2015

Off Road Paling Best Di Taiping No 1 - Mokotiong

Mereka yang ride MTB dan tinggal di Taiping serta kawasan sekitar mesti tahu Mokotiong. Hanya pengecut dan takut hantu yang belum pernah ride di Mokotiong.

Buat kesekian kali kami TaipingRV sekali lagi ke Mokotiong. Malas nak cerita banyak. Biarlah posting isntagram dan FB serta gambar yang berbicara. Enjoyyy.

Kayuhan 16km paling tidak bertenaga. Selsema dan baru selesai derma darah faktor utama. Persiapan utk BKIMBC 2015. Internationale! ‪#‎taipingrv‬

Sunday ride.memanjat Mokotiong. walaupun beberapa insiden berlaku seperti Predator pening lalat, dan Trj Buat stunt. overall.sukses walaupun downhill x laju sebab jalan agak licin


Tuesday, September 1, 2015

Kayuhan Kemerdekaan di Taiping Anjuran Bersama

Tajuk     : Kayuhan Kemerdekaan
Anjuran  ; Kelab Basikal Taiping.
Tarikh    : 31 Ogos 2015.                  
Masa      : 7.30 pagi.
Tempat Berkumpul : Perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.
Laluan Kayuhan      : Air Kuning-Bukit Gantang-Ethno Valley-Batu 8 - Changkat Jering - Simpang-
                               Batu 2 1/2 - PPD,LMS.


Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada team member TaipingRV yg hadir seawal jam 6.20am semalam membantu menjayakan acara kayuhan sempena kemerdekaan anjuran kelab-kelab berbasikal di Taiping. Terima kasih juga kpd ustaz Saifful Bahari Ab Rahman kerana menjemput kami dalam menjayakan event ini. Diharap sekiranya berlaku apa2 kekurangan dapat dimaafkan dan bukanlah disengajakan. Wassalam - kapitan TaipingRV




Minum Pagi Teh Herba di Ethno Valley

Monday, August 24, 2015

PXG MTB Ride at Sunway Extreme Park Ipoh Mengecewakan

15.08.2015. Malas nak cakap banyak. Hanya seorang rider dari TaipingRV menyertai ride yng mengecewakan ini. Feed back yang diterima : ride ini amat mengecewakan. Next time ada lagi PXG MTB Ride ni jangan lew gatal nak join. Tak berbaloi bayar RM60.

Bacalah luahan hati seorang rider ini.

Antara Peserta yang hadir

Halal Fun Ride 2015 - 22 August 2015

Halal Fun Ride 2015 - 22 August 2015

Halal Fun Ride 2015 telah berlangsung di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Kayuhan santai ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan telah menarik minat seramai lebih kurang 3000 orang peserta. Kayuhan sejauh 30km mengeliling Putrajaya dan telah dilepaskan pada pukul 8.30 pagi oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki. Ucapan perasmian dan pelancaran "Kempen Yakini Halal Malaysia" telah dilakukan serentak bersama dengan flag off "Halal Fun Ride".

TaipingRV hanya menghantar 2 orang wakil untuk ride kali ini.

Kayuhan Santai

Dapat Lucky Draw atas whiteboard

The Return of FSE and our Kapitan